Sunday, November 30, 2008

HARI KECEMERLANGAN PASTI NURUL hayah , santan



Diadakan pada 13 November 2008 di Pasti Nurul Hayah Santan. seramai 25 pelajar pasti di raikan di dalam majlis tersebut. Antara tetamu yang hadir M. Sahir Abd Raman (Setiausaha Pasti Negeri) Ustaz Abd Rashid Abd Rahman( Pengerusi Pasti cawangan/Ketua Dewan Ulama' Negeri) dan lain-lain lagi. Majlis tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Pasti Negeri.

HARI KECEMERLANGAN PASTI NURUL IMAN BESERI.


Pada 14 November 2008 hari penganugerahan kecemerlangan peringkat Pasti Nurul Iman, Beseri telah diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut diadakan pada jam 5 petang diperkarangan bangunan pasti dan dihadiri oleh para waris dan penduduk setempat. Pelbagai acara yang menarik diadakan, antaranya acara pakaian beragam, nasyid dan acara cabutan bertuah, majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Pasti kawasan Padang Besar, Cikgu Yasir Arafat Abni Hajar.

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PASTI KAWASAN PADANG BESAR

PASTI NURUL IMAN, BESERI-CIKGU ZURIAWATI MAHMOD(0175831380)

PASTI AL AMALI, KG. GIAL - CIKGU NORMAH(0194972114)

PASTI NURUL HAYAH, SANTAN - CIKGU NORHAYATI (0194340361)

PASTI DARUL TAQWA, KG. DARAT - CIKGU AMNAH (0175742813)

PASTI AN-NUR, LUBUK SIRIH - CIKGU ZARINA (0174776874)

PASTI NUR RAUDZATUL HASANAH - CIKGU ROHANA (0175754436)

SEBARANG MASALAH SILA RUJUK :

PENGERUSI PASTI KAWASAN PADANG BESAR
NURDIN ISA(0134043843)

Saturday, November 22, 2008

Hari Kecemerlangan & Sukaneka Pasti Nur Rhaudatul Hasanah, Panggas


Setiausaha Pasti Perlis Sdr Mohd Sahir Ab Raman menyampaikan anugerah kepada pelajar pasti Nur Rhaudzatul Hasanah Panggas

Majlis ini diadakan pada 13 November 2008, dan dirasmikan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perlis Ustaz Yaakub bin Abu Seman. Di dalam ucapan perasmiannya beliau menyeru supaya lajnah pasti Kawasasan & Negeri mestilah berani menerima pembaharuan dari segala aspek memandangkan dewasa ini Pasti sangat-sangat mendapat tempat di hati masyarakat khususnya orang Melayu


Acara Sukaneka Pelajar Pasti



Cg Rohana Sulaiman & Ketua MGP Negeri Cg Norhayati Abd Razak sedang sibuk menyediakan hadiah









Hari aidul ilmi 2008 Sek Ren islam At-Taqwa, Beseri, Perlis bersama Pasti Darul Taqwa, Kg Darat.


Persembahan Nasyid daripada Pelajar Pasti Darul Taqwa
Pada 12 November 2008 majlis Aidul Ilmi peringkat SRI At-Taqwa bersama Pasti Darul Taqwa telah diadakan di Sri At- Taqwa, Beseri Perlis. Program bersama tersebutdirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis Ustaz Mohd Bin Ali. Seramai 25 orang pelajar graduan pasti dianugerahkan sijil pada hari itu serta 45 pelajar SRI At-Taqwa di anugerahkan hadiah mengikut prestasi peperiksaan akhir tahun mereka .



Pengerusi Pasti Kawasan Padang Besar, Sdr Yasir Arafat Abni Hajar mengiringi Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis menyampaikan hadiah kepada pelajar Pasti Darul Taqwa





Thursday, November 20, 2008

Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Padang Besar & Kawasan Kangar


Seorang guru Pasti sedang asyik mendeklamasikan sebuah sajak


Orang ramai yang memenuhi dewan Khoon Aik Kangar



Ustaz Yaakub sedang memberikan sijil kpd salah seorang pelajar Pasti

Pada 8 Nov 2008 satu Majlis Konvokesyen Pasti peringkat kawasan Padang Besar & kawasan Kangar telah diadakan di Dewan Khoon Aik, Kangar Perlis. Majlis dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis Ust Yaakub Abu Seman.









Friday, November 7, 2008

Keterangan Logo


Warna:
  • Putih melambangkan kesucian Islam itu sendiri dan fitrah anak-anak di alamnya yang suci, putih, bersih dan sedia dicernakan mengikut fitrah Islam itu sendiri.
  • Hijau melambangkan kesuburan di mana setiap benih itu perlu kepada baja dan perhatian lain yang penuh dalam menghasilkan tunas-tunas yang sihat dan InsyaAllah akan menghasilkan pula pohon-pohon yang subur lagi bermanfaat. Begitulah juga dimaksudkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam usaha menghasilkan insan-insan yang bertaqwa, berdisplin serta mujahid-mujahid yang benar.

Modul Pembelajaran

Silibus 4 Tahun








Kurikulum

Mukadimah

Kurikulum Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) merupakan suatu kurikulum prasekolah ynag dibina khusus khusus untuk pengajian kanak-kanak berumur 5-6 tahun berdasarkan falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah Pendidikan PASTI (FPP) yang melibatkan anak-anak PASTI dan guru (mualumah).

Kandungan dan Fungsi Kurikulum PASTI

Kurikulum PASTI adalah megikut susunan kandungan yang diajar secara tersusun dan sistematik bagi memenuhi serta mencapai matlamat Tarbiyyah Islamiyyah. Pada dasarnya kurikulum ini adalah pancaran kosep Insaniyyah dari Manhaj Al-Hayah Al-Rabbani yang berpaksikan Iman, Islam dan Ihsan. Fungsinya ialah bagi mengawal dan memelihara fitrah manusia supaya potensi-potensi rohaniah, aqilah dan jasmaniyah tidak dirosakkan oleh pengaruh alam sekeliling yang merendahkan kualiti iman manusia. Selain itu, kurikulum PASTI juga berfungsi untuk memperkembangkan fitrah serta potensi-potensi kemanusiaan selaras dengan kehendak matlamat Pendidikan Islam.

Rujukan Kurikulum PASTI

Rujukan kurikulum PASTI ialah Al-Quran, Sirah Rasul, Surah Sahabat r.a dan Sejarah Peradaban serta Tamadun Islam. Kesemua rujukan mengutarakan kepentingan kepada pengajaran Tauhid, Fiqh, Akhlaq dan Surah di samping pengajian bahasa-bahasa, ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kehidupan manusia and riadah.

SISTEM PERSEKOLAHAN PASTI

UNSUR TARBIYAH
Penekanan 5 unsur Tarbiyah :
1. Tarbiyah Imaniyyah (Aqidah)
2. Tarbiyah Ruhiyyah (Ruh)
3. Tarbiyah Khuluqiah (Akhlak)
4. Tarbiyah Aqliah (Intelek)
5. Tarbiyah Jasadiah (Jasmani)

BIDANG ILMU
Merangkumi 4 bidang ilmu :
1. Ilmu Fardhu Ain
2. Ilmu Fardhu Kifayah
3. Ilmu Alat
4. Sumber Ilmu

KOMPONEN MATAPELAJARAN
Merangkumi :
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
4. Jawi
5. Matematik
6. Sains Sosial & Pembangunan Insan
7. Al Quran
8. Peribadi Muslim
9. Pra Penulisan
10. Pengenalan Asas Komputer

SISTEM PERSEKOLAHAN

Umur : PASTI menerima kanak-kanak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun.
Masa belajar : Mesti mencukupi tiga jam termasuk waktu rehat
Hari Persekolahan : Sama seperti hari persekolahan biasa (Ahad – Khamis / Isnin – Jumaat).

Cuti Am dan Cuti Peristiwa

Cuti am dan cuti kelepasan berdasarkan takwim Kerajaan Pusat dan Negeri. Di samping itu, PASTI berhak mengambil 5 hari Cuti Peristiwa dalam setahun (contohnya cuti sehari selepas Sukan atau Lawatan) dengan dimaklumkan terlebih dahulu kepada ibubapa pelajar.

Pakaian Rasmi

a) Lelaki :

Seluar dan Baju Melayu berwarna hijau muda berserta kopiah hijau-putih dan berlencana

b) Perempuan :

Jubah atau jubah mini berseluar berwarna hijau muda dan berkain tudung putih bulat serta berlencana

Had Maksima bilangan murid

Bilangan murid mestilah tidak melebihi 25 orang bagi seorang guru.

SISTEM PENILAIAN

Peperiksaan akan diadakan 2 kali dalam setahun iaitu :
a) Peperiksaan bagi semester 1 : (Mei atau Jun)
b) Peperiksaan bagi semester 2 : Oktober

Pemarkahan dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria (URK)

Sejarah Penubuhan PASTI

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.

Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan, suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).

Di Terengganu pada tahun 1985 TAsKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan sejak tahun 1988.

Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat prasekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas negeri masing-masing. Pada tahun 1988 hasil daripada penyelarasan semula semua TASKI yang dikelolakan oleh ahli-ahli PAS. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui muktamar Tahunan ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI.

Pada 29-30 Mei 1988 tekah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dbentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarsan Manhaj Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama saudara Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahya sebagai sebagai Timbalan Ketua Pengarah, saudara Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan saudara Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negari sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.

Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah megarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Piagam Pelanggan

  1. Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira and menghafal)
  2. Sentiasa mengemaskini proses pengajaran & Pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam pendidikan.
  3. Menyediakan suasana pembelajaran kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat.
  4. Sentiasa proaktif terhadap setiap teguran, saranan dan pandangan ke arah kecemerlangan pendidikan PASTI.
  5. Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.

Falsafah Pendidikan

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat

FALSAFAH PENDIDIKAN PASTI
Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syakhsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah S.W,T di dunia dan di akhirat.

Misi, Visi & objektif

VISI

Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikanp pra sekolah sebagai elemen terpenting

MISI

Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam

OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI

  1. Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
  2. Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
  3. Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah , akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar.
  4. Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.
  5. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.

Thursday, November 6, 2008

Pengenalan

Matlamat Am

  1. Mengembalikan kefahaman masyarakat umum kepada menyedari kepentingan pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.

  2. Mengadakan pendidikan awal (pra sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.

  3. Menyediakan wadah awal pendidikan berorientasikan harakah Islamiyah untuk jangka masa panjang.

  4. Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.

  5. Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.

Matlamat Khas

  1. Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah Swt.
  2. Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah Saw.
  3. Memberi galakkan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah Swt.
  4. Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al-Quran

 
blog template by suckmylolly.com : header image by Vlad Studio