Monday, November 23, 2009

Majlis Konvokesyen Kawasan Kangar & Padang Besar 2009




Majlis Konvokesyen Kawasan Kangar & Padang Besar berlangsung di MADI pagi tadi dengan meriahnya.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Saudara Mohd Sahir bin Ab Raman
Satu kelainan di dalam Majlis Konvokesyen kali ini adalah pesembahan Nasyid dari Alumni PASTI.Kumpulan tersebut turut menjadi muzik latar sepanjang Majlis Penyerahan Skrol berlangsung. Acara berlangsung dengan begitu meriah sekali dengan persembahan daripada setiap PASTI di seluruh kawasan Kangar & Padang Besar.Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Encik Wan Hassan Wan Ismail Naib YDP PAS Kawasan Kangar & En Abd Halim Ali Naib YDP PAS Kawasan Padang Besar.





Majlis Hi- Tea PASTI Sempena Konvokesyen PASTI Kangar & Padang Besar


Majlis Hi Tea PASTI telah berlangsung pada 13 Nov (Jumaat) pada pukul 5.00 petang.Majlis telah diserikan dengan kedatangan Ybhg Saudara Suhaizan bin Kaiyat dan YB Drs Khalil Idham Lim.Menurut YB Khalil Idham Lim, PASTI merupakan satu institusi pendidikan yang mampu memasyarakatkan melalui apa yang diajar di dalam PASTI.PASTI telah diakui oleh pendidikan kebangsaan sebagai Kurikulum Pra Sekolah Islam Terbaik di Malaysia.Inilah merupakan aset dan ikon PASTI yang sebenar.Majlis itu juga di hadiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis Ustaz Yaakub Abu Seman.

 
blog template by suckmylolly.com : header image by Vlad Studio